fbpx

AR Rahman pernah intai Michael Jackson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEGENDA muzik Bollywood mendedahkan satu impian tidak kesampaiannya iaitu berkerjasama dengan Michael Jackson.

KUALA LUMPUR – Hampir berkolaborasi dengan Raja Pop Michael Jackson, maestro muzik Bollywood, AR Rahman mengakui projek tersebut bagaimana tidak kesampaian apabila penghibur terbabit meninggal dunia dua bulan selepas pertemuan terakhir mereka.

AR Rahman, 57, berkata, memori selepas dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Academy atau Oscar pada tahun 2009 itu kekal dalam ingatan kerana wakil Michael sendiri menghubunginya menyatakan bintang tersohor itu ingin menjalin kerjasama.

“Beliau suka dengan hasil kerja saya, malah saya pun mengaguminya membuatkan kami berhubung menerusi ejen serta pengurusnya.

“Dalam perbincangan kami, beliau berharap saya dapat menghasilkan sebuah dendangan yang berkaitan perpaduan seperti lagu We Are The World

“Namun sayangnya hajat Michael tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir secara mengejut,” katanya pada pertemuan dengan peminat di Menara PGRM, Cheras, malam tadi.

Acara yang disertai 1,000 peminat tegar itu adalah bersempena penganjuran Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Penggiat seni yang digelar Mozart of Madras itu memperuntukan hampir sejam menjawab pertanyaan penonton yang juga pembeli tiket konsertnya.

Mengimbau lagi kenangan, AR Rahman mendedahkan ketika itu dijemput sendiri penyanyi lagu Billie Jean untuk datang ke rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat

Menariknya, sebelum perjumpaan pertama berlaku, dia ada menolak pelawaan Michael menerusi ejennya disebabkan terlalu sibuk menyelesaikan urusan kerja sebelum Anugerah Academy berlangsung.

“Sebelum itu saya ada meminta ejen di Hollywood yang baru dilantik untuk menguruskan pertemuan dengan Michael tetapi selepas beberapa minggu masih tiada sebarang balasan.

“Namun selepas dua lagu saya dicalonkan dalam Anugerah Akademy barulah saya terima mesej mengatakan beliau ingin berjumpa tetapi waktu itu saya sibuk dengan persiapan persembahan pada majlis terbabit.

“Terpaksa saya tolak pelawaannya dan berjanji akan jumpa jika menang Oscar. Akhirnya sehari selepas bawa pulang trofi itu saya terus ke kediamannya,” kongsinya lagi.

Menurut komposer dan penerbit kebanggaan India itu, Michael sendiri menyambutnya di depan pintu dengan gaya superstar seperti dilihat di pentas iaitu memakai sarung tangan dan berkaca mata hitam.

“Beliau sendiri yang menunggu kedatangan saya. Saya dapat tengok dia menyelak langsir sebelum pintu utama dibuka. Micheal melayan saya dengan baik,” tambahnya.

Terdahulu, pada sesi bertemu peminat 10 soalan dijawab AR Rahman selain persediaan menghadapi konsert yang turut membariskan artis seperti Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze dan ADK.

Pada masa sama, penganjur juga bakal mengumumkan senarai penyanyi tambahan dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI