fbpx

Anak autisme wajib berkhatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar (gambar kecil) menjelaskan bahawa anak-anak yang menghidap autisme wajib dikhatankan. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun perempuan termasuklah golongan autisme.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, perbuatan berkhatan tidak akan menjejaskan atau memudaratkan kesihatan seseorang itu bahkan ia adalah satu cara untuk menyihatkan tubuh badan.

“Khatankanlah anak-anak autisme, sindrom down ini. Kalau boleh khatan awal, dua tahun atau enam bulan lebih baik.

“Kerana anak ini berkemungkinan dia akan sembuh, dan kalau dia sembuh maknanya dia sudah berkhatan dalam keadaan bersih.

“Memanglah apabila dia tidak ada akal yang sempurna tidak ada kewajipan syarak untuk solat dan sebagainya, tetapi jika dia sembuh, dia sembuh dalam keadaan sudah pun berkhatan,” katanya dalam sesi soal jawab baru-baru ini.

Ustaz Azhar mengulas perkara tersebut bagi menjawab persoalan seorang individu yang bertanya sama ada perlu anak lelakinya berusia 11 tahun yang menghidap menghidap autisme dikhatankan meskipun tidak pandai bercakap, gagal menguruskan diri sendiri serta kurang berakal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI