fbpx

Alasan kelab Jepun mahu pemain negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD mahu memberi fokus kepada skuad B-19 terlebih dahulu menghadapi Kejuaraan ASEAN B-19 di Surabaya minggu depan. - FAM

TONGGAK pertahanan muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil mahu memberikan fokus tugasan bersama skuad bawah 19 tahun (B-19) negara terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai penghijrahan ke kelab Jepun, FC Osaka.

Muhammad yang baru berusia 19 tahun telah dipinjamkan ke kelab Liga Divisyen 3 (J3) Jepun itu sehingga penghujung tahun ini selepas lulus sesi percubaan bulan lepas.

Muhammad sememangnya mengakui tidak sabar untuk menyarung jersi FC Osaka selain percaya keputusannya berkelana secara pinjaman adalah tepat untuk meningkatkan lagi corak permainannya.

“Semasa sesi percubaan sebelum ini pihak FC Osaka memuji aspek teknikal saya. Kini, saya harap dapat berikan yang terbaik buat pasukan bila sudah berada di sana nanti,” katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Muhammad tumpuan diberikan sepenuhnya buat skuad B-19 negara kendalian Juan Torres Garrido yang bakal mengharungi Kejuaraan ASEAN B-19 2024 di Surabaya, Indonesia bermula 17 hingga 29 Julai depan.

“Kejohanan kali ini cukup penting memandangkan pasukan remaja Harimau Malaya turun dengan status juara bertahan selepas mendominasi edisi 2022 yang lepas.

“Selepas ini saya akan memberikan tumpuan dengan skuad B-19 dahulu (sebelum terbang ke Jepun) bagi mengharungi kempen Kejuaraan ASEAN B-19 nanti.

“Sudah tentu status selaku juara bertahan memberikan cabaran hebat buat kami tetapi saya pasti semua pemain sudah bersedia untuk berikan yang terbaik nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pada kempen kali ini, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, Singapura dan Brunei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI