fbpx

Ahmad Maslan kongsi resepi nasi ayam Naam ke pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika menunjukkan resepi nasi ayam Naam di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi resepi hasil ciptaan beliau sendiri dikenali sebagai nasi goreng Naam.

Melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook miliknya, Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkongsi resepi tersendiri itu merupakan satu masakan yang unik, berkhasiat serta sihat jika dihasilkan.

“Boleh bawa ke ofis dengan mangkuk tingkat. Nasi Ayam Ahmad Maslan #NAAM (sebutan Na – Am) resipi tersendiri, unik, berkhasiat, sihat.

“Satu per tiga nasi, satu pergi tiga ayam dan satu per tiga salad. Cubalah sendiri. Terima kasih,” tulisnya ringkas hari ini.

Terdahulu, Ahmad merupakan salah seorang menteri Kabinet yang sering membuat hantaran mengenai menu masakan di laman sosial miliknya.

Kebanyakkan resepi yang dikongsi beliau ternyata mendapat pujian orang ramai dan ada juga yang menyifatkan resepi ciptaan timbalan menteri itu ringkas dan menyelerakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI