fbpx

Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia selepas menerima watikah pelantikan di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Melalui satu hantaran di laman sosial rasmi Sultan Ibrahim hari ini, ketua perwakilan asing berkenaan ialah Ekitela Ronald John Moru dari Republik Kenya, Dr Waleed Khalifa AlManea (Bahrain), Koumba Diop (Republik Guinea) dan Dr Mariyam Shabeena Ahmed (Maldives).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Luis Javier Campuzano Piña (Mexico), Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar (Timor Leste), Jason Keats Matthew Hall (Jamaica) dan Dr Batlang Comma Serema (Republik Botswana).

Turut menyerahkan watikah pelantikan ialah Prof Fekadu Beyene Aleka (Ethiopia), Désiré Boniface Somé (Burkina Faso), Tomáš Ferko (Slovakia) dan Raman Ramanouski (Belarus).

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI