fbpx

Achey sifatkan ‘childfree’ ideologi bodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Achey menyifatkan pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak atau 'childfree' sebagai kurang bijak.

PETALING JAYA – Pelawak, Achey menganggap pasangan muda yang memilih untuk tidak mempunyai anak atas prinsip ‘childfree’ yang menjadi trend pada waktu ini sebagai pegangan ideologi kurang bijak.

Mengakui hati terguris dan terkilan, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 37, terkesan dengan gaya hidup sedemikian memandangkan dia dan isteri tidak putus berjuang agar dikurniakan zuriat.

“Itu adalah ideologi yang bodoh. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tetapi kenapa perlu melibatkan cahaya mata. Secara tidak langsung kau telah mengguriskan hati pejuang-pejuang macam saya.

“Kes saya pula jika mengikut sains dan perubatan, isteri saya memang sudah tidak boleh hamil sebab dah potong kedua-dua tiub kiri dan kanan. Kecuali diizinkan Allah.

“Satu hari saya harap pasangan itu akan terbabas. Bukan terbabas kereta, tetapi terbabas dikurniakan cahaya mata. Dik, saya percaya suatu hari kalian pasti akan faham apa itu nikmat sebenar yang dipanggil seorang ibu bapa,” ujarnya menerusi satu rancangan hiburan.

Pelantun lagu Sakit itu juga turut mempersoalkan nilai kemanusiaan dalam diri pasangan tersebut selain meminta mereka untuk merenung dan muhasabah diri.

“Saya tidak setuju jika mereka berdua kata memang tidak mahu ada anak, tetapi kalau mereka kata merancang belum mahu ada sehingga ada ekonomi yang kukuh, itu saya boleh terima.

“Mana nilai kemanusiaan kau. Saya masih ingat apa yang dikatakan mereka ‘nanti anak macam mana, siapa nak jaga, kalau dah besar nanti perangai bagaimana.’

“Cuba renung balik perangai kalian apabila kata begitu. Pasti mak ayah kau kecewa dengan kenyataan kalian,” tuturnya.

Achey berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata meskipun sudah 14 tahun berkahwin.

Begitupun, pasangan terbabit mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Nur Tiara Zinnirah.

Terdahulu, tular satu kenyataan daripada pasangan suami isteri yang mengamalkan konsep kehidupan tanpa zuriat sehingga menjadi perdebatan ramai.

Ujar pasangan terbabit, mereka merancang untuk tidak mahukan zuriat dan berpendapat kehadiran anak dalam rumah tangga sebagai bebanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI