fbpx

9 individu dirakam keterangan kes buli Esha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Esha ketika sering memuat naik video dan membuat siaran langsung menerusi akaun TikToknya.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan individu sudah dirakam keterangan berhubung kes ugutan jenayah terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau Esha yang ditemui meninggal dunia di kediamannya, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, walau bagaimanapun, tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini.

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini sembilan saksi termasuk ahli keluarga mangsa sudah dirakam keterangan

“Ia bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa sehari sebelum mangsa ditemui maut akibat membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap Rajeswary yang lebih dikenali sebagai Esha.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 39 tahun.

Laporan dibuat adalah ke atas dua akaun TikTok di mana akaun terbabit menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun media sosial suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI