fbpx

10 bilion kata laluan tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai diminta mengemas kini kata laluan mereka den4gan segera. - Foto AFP

WASHINGTON  – Pakar-pakar siber memberi amaran kepada orang ramai agar segera menukar kata laluan masing-masing selepas penggodam memuat naik berbilion-bilion kata log masuk tersebut,  lapor portal berita MailOnline semalam.

Kebocoran besar-besaran itu  dikenali sebagai RockYou2024 dan disiarkan pada 4 Julai lalu. Ia mengandungi 10 bilion kata laluan daripada himpunan pencerobohan data lama dan baharu.

Penyelidik-penyelidik yang mendedahkan kebocoran itu berkata, maklumat tersebut membenarkan penggodam menyasarkan mana-mana sistem yang tidak dilindungi oleh perisian keselamatan ketat termasuk perkhidmatan secara online dan offline, kamera internet dan perkakasan industri.

Pendedahan itu berisiko mencetuskan gelombang pelanggaran data, penipuan kewangan dan kecurian identiti dengan menggunakan kata laluan yang dikumpulkan daripada lebih 4,000 pangkalan data sepanjang dua dekad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI