fbpx

Yayasan Sofa bina kolej Islam di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fuad menuangkan simen sebagai simbolik peletakan batu asas di tapak pembinaan KIS di Hulu Langat malam tadi.

HULU LANGAT – Yayasan Sofa memperuntukkan dana RM3 juta untuk membina pusat Islam Imam Ahmad Ibn Idris yang bakal memberi manfaat kepada penuntut ilmu dan penduduk di sekitar daerah ini.

Pusat sehenti itu juga bakal mempunyai Kolej Islam As-Sofa (KIS) yang menawarkan penempatan kepada lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang pengajian Islam, al-Quran dan hadis.

Ketua Pegawai Eksekutif KIS, Dr. Mohd. Sufi Ibrahim berkata, ia sebahagian daripada kerja keras institusi As-Sofa bagi mencapai visi melahirkan 5,000 penghafaz al-Quran menjelang 2034.

Katanya, pusat Islam berkeluasan 1,393 kaki permeter itu dijangka siap dibina pada akhir tahun ini untuk menempatkan 500 pelajar pelajar mengikuti kelas pengajian untuk peringkat awal.

“Bangunan bernilai RM3 juta itu akan dilengkapi dengan surau, pejabat, kelas, pusat penyelidikan dan dewan bagi kegunaan para pelajar di sini.

“Ia juga bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Hulu Langat untuk beribadah dan mengikuti pengajian menerusi penganjuran kuliah dan majlis kebesaran Islam yang bakal dianjurkan di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Mohd. Sufi hadir pada Majlis Peletakan Batu Asas pembinaan pusat itu yang disempurnakan oleh Pengerusi KIS, Datuk Muhammad Fuad Kamaludin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pendidikan As Sofa, Mohd. Amirul Isma Md. Yusuf; dan Yang Dipertua Yayasan Sofa, Md. Farid Samad.

Menurut Mohd. Sufi, pembinaan kompleks itu menyaksikan Yayasan Sofa kini mempunyai 14 institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan pengajian Islam yang dibangunkan hasil sumbangan orang ramai.

Sehubungan itu, Mohd. Sufi mengajak orang ramai untuk bersama Yayasan Sofa membangunkan satu lagi mercu tanda kegemilangannya.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web Yayasansofa.com.my atau mengikuti laman sosial mereka untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI