fbpx

[VIDEO] Suami isteri warga Singapura cemas BMW terbakar di CIQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA BMW milik warga Singapura terbakar ketika melalui laluan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hari ini. - Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri warga Singapura berdepan detik cemas apabila kereta jenis BMW dinaiki mereka terbakar di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, kedua-dua mangsa lingkungan 40-an bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk memasuki negara mereka.

“Ketika menghampiri kaunter laluan motokar di CIQ, BSI, kereta dinaiki pasangan ini tiba-tiba terbakar.

“Bantuan daripada pihak keselamatan BSI berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raub berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 8.35 malam tadi.

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerosakan harta benda yang lain selain punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pasukan bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI