fbpx

[VIDEO] Buat senaman malam, tolak motosikal ke balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang motosikal diberi hukuman 'senaman malam' di sekitar Jalan Teluk Intan, Setiawan.

PETALING JAYA – Sekumpulan penunggang motosikal terpaksa melakukan ‘senaman malam’ dengan menolak motosikal masing-masing selepas ditahan pihak berkuasa di Jalan Teluk Intan, Setiawan semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, kesemua mereka yang lengkap memakai topi keledar, menolak kenderaan menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas ditahan.

“Waktu kerja ya kerja, ‘free time’ (masa luang) kita tolak motor sama-sama,” tulisnya menerusi hantaran video tersebut.

Rata-rata pengguna turut bersetuju dengan hukuman ‘senaman malam’ yang diberikan pihak berkuasa dan berharap ia dapat memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.

“Cegah lebih baik daripada telah tiba saat waktu. Terbaik Trafik Hilir, masih berbisa terus berbisa,” kata Hanif Ghazali.

“Dah merasa dulu tolak motor, balik kerja berhenti isi minyak, penuh budak-budak motor dekat situ. Sekali polis datang kepung, dengan kita-kita sekali kena tolak motor pergi balai. Apalah nasib, penat kerja pun tak habis lagi, tambah penat tolak motor pula,” komen Azizul Baharuddin.

“Punya banyak lagi hobi yang ada, merempit juga dia pilih, kasi sita saja motorsikal tu, kan sudah bersenam malam-malam buta ni,” kata Syazie Danial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI