fbpx

UMNO Bentong tuntut kerusi DUN Ketari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zaini (tiga dari kanan) bersama Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua dari kanan) dan barisan kepimpinan UMNO Bentong pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

BENTONG – UMNO Bentong menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari yang disandang DAP pada masa ini diberikan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, tuntutan tersebut wajar memandangkan kawasan tersebut mempunyai majoriti Melayu dan calon BN hanya tewas tipis sebanyak 120 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Kita akan buat tuntutan secara rasmi agar DUN Ketari diberikan kepada UMNO untuk pilihan raya umum akan datang, ini kerana kita ada justifikasi pada PRU-15, kita UMNO bertanding dan kita hanya kalah 120 undi sahaja.

“Kita akan memohon pertimbangan pihak parti khususnya pimpinan BN pusat dan BN negeri agar memutuskan kerusi Ketari kepada UMNO,”katanya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Pada PRU-15 lalu calon DAP, Su Keong Siong memanangi kerusi DUN Ketari dengan majoriti 120 undi mengalahkan calon BN Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN), Willian Tan.

Menurut Mohamad Zaini, UMNO mempunyai beberapa calon berwibawa yang boleh diletakkan di DUN Ketari dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, calon tersebut amat mesra dan dikenali penduduk setempat serta merupakan anak Ketari.

Dalam pada itu beliau berkata, UMNO Bentong melakukan gerak kerja berterusan dalam mendekati pengundi dan masyarakat.

Selain itu katanya, UMNO Bentong juga turut melancarkan Tentera Alam Maya UMNO (TAMU) dalam berhadapan cabaran semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI