fbpx

Tiga syarikat dikenal pasti berpotensi beli Semarak20 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) hadir pada majlis Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga syarikat yang berpotensi membeli projek komersil dibangunkan Felcra Berhad dikenali Semarak20.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jualan bangunan itu akan dibuat mengikut harga pasaran ekoran kos pembinaan yang tinggi sekali gus membolehkan bayaran balik pinjaman dibuat kepada kerajaan.

Katanya, langkah proaktif diambil pihaknya bagi tujuan membetulkan kepincangan akaun dan pelaburan Felcra seperti mana pendedahan serta syor dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Memang benar pinjaman dibuat oleh Felcra itu adalah pinjaman daripada kerajaan dan antaranya termasuk membina bangunan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan setakat ini bangunan itu belum dijual.

“Walaupun pelaburan itu dibuat menteri-menteri sebelum ini, namun sebagai menteri yang kini menggalas tanggungjawab, saya mengambil peranan untuk membetulkan akaun dan pelaburan yang ada pada masa sekarang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas jika terdapat sebarang jawatankuasa dibentuk bagi memperhalusi lima syor yang dikemukakan PAC itu, Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa sedemikian sudah lama dibentuk baik di peringkat KKDW mahupun peringkat dalaman Felcra.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI