fbpx

Tidak rai hari jadi bersama, Aliff Aziz rindu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF Aziz titip doa sempena tanggal kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean.

PETALING JAYA – “Daddy rindu Adrean dan jangan biarkan orang lain berkata sebaliknya.”

Demikian antara ucapan penyanyi sensasi Aliff Aziz sempena ulang tahun kelahiran ketujuh putera sulungnya, Ayden Adrean hari ini.

Sebagai seorang bapa, jauh di sudut hati Aliff, 33, mahu berada bersama anak lelakinya itu namun hanya doa yang sahaja mampu dititipkannya etika ini.

“Tujuh tahun lalu, kelahiran awak membawa sinar kebahagiaan dalam hidup Daddy. Selamat hari jadi Ayden.

“Kasih sayang daddy melebihi daripada apa yang awak bayangkan. Semoga terus membesar menjadi nak yang bijak dan kacak.

“Minta maaf kerana tak dapat bersama pada hari istimewa ini tetapi doa daddy akan terus mengiringi ke mana sahaja Ayden berada,” katanya dalam Instagram.

Bukan hanya doa, bintang drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkata turut menghantar hadiah buat Ayden.

“Daddy sangat sayang Ayden! Harap suka dengan pemberian kecil daripada daddy dan orang lain kepada awak.

“Semoga dapat bertemu Ayden dan adik (Ara Adreanna) tidak lama lagi, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella Astillah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 13 Jun lalu.

Perceraian tersebut dibenarkan mahkamah selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Aliff juga memilih untuk menyerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Bella.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI