fbpx

Tak sempat bawa 3.2 juta batang rokok seludup ke utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Jamal Abdul Salam (dua dari kiri) menunjukkan kotak-kotak mengandungi rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Sebuah lori yang sarat membawa sebanyak 3.2 juta batang rokok seludup yang bernilai RM2.4 juta termasuk cukai ditahan di Kilometer 0.4, Lebuh Raya Timur-Barat dekat Jeli pada minggu lalu.

Serbuan kira-kira pukul 3.40 petang pada 2 Julai lalu terhadap lori dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan selepas pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Perak menjalankan risikan.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, anggota kastam dan polis terus bertindak menahan lori tersebut selepas menerima maklumat berkait kes penyeludupan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori seberat 11 tan itu menjumpai 3.2 batang rokok seludup yang bernilai lebih RM229,918 tidak termasuk cukai yang dianggarkan sebanyak RM2.4 juta.

“Siasatan awal mendapati, rokok tersebut diambil dari kawasan Jeli sebelum ia dibawa untuk dijual bagi pasaran di negeri-negeri di utara Semenanjung.

“Pemandu lori berusia 49 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Kelantan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Wan Jamal berkata, JKDM Kelantan berjaya menggagalkan penjualan dan pengedaran pelbagai barangan seludup termasuk rokok dan arak bernilai RM2.44 juta menerusi Operasi Darat dalam tempoh seminggu.

Menurutnya, seramai 14 suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 49 tahun termasuk dua warganegara Pakistan dan seorang warganegara Thailand ditahan dalam operasi bermula 29 Jun hingga 5 Julai lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI