fbpx

Sebaran maklumat kerajaan akan ditambah baik – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) menandatangani plak pelancaran pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi di Ipoh hari ini. - FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

IPOH – Kementerian Komunikasi akan menambah baik kaedah penyampaian maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan agar ia dapat disalurkan secara lebih berkenaan sekali gus difahami oleh rakyat.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, penambahbaikan itu juga termasuklah bagaimana pihak kerajaan dapat menangani hujah-hujah pembangkang berkenaan suatu isu dibangkitkan.

“Jadi ada beberapa perkara kita sedang rangka semula dan saya sebagai Menteri Komunikasi mengambil pandangan semua anggota parti serta maklum balas daripada jentera di lapangan untuk menambah baik (penyampaian maklumat).

“Kandungan media sosial ada pelbagai dan yang disiarkan kadang kala ceritanya separuh jalan diambil di luar konteks. Jadi ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang menyaksikan calon Peralatan Nasional (PN), Abidin Ismail mengatasi calon PN, DRM Joohari Ariffin untuk memenangi PRK tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di sini.

Mengulas tentang majlis pelancaran NADI tersebut, Fahmi berkata, perkhidmatan itu bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan masyarakat setempat bahkan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan melalui Komuniti Madani untuk memastikan capaian NADI dapat disebarluaskan kepada lebih ramai masyarakat.

Ini kerana, jelas beliau, NADI yang dibina di suatu kawasan dimanfaatkan penduduk dalam radius antara tiga hingga empat kilometer.

“Kita sama ada akan membawa keluar program-program tentang kecerdasan buatan (AI), anti-penipuan serta berita palsu. Kita nak bawa NADI keluar, bukan di sekitar kawasan ini sahaja.

“Sebab kita tahu setengah Dewan Undanfam Negeri (DUN) besar dan hanya ada satu NADI, jadi Kita tak nak ia hanya dinikmati oleh komuniti terdekat sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI