fbpx

‘Saya sudah hilang Esha’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Esha ketika sering memuat naik video dan membuat siaran langsung menerusi akaun TikToknya.

PETALING JAYA – “Saya sudah hilang adik saya.”

Demikian rintihan dan tangisan kakak pempengaruh, Rajeswary Appahu atau Esha yang maut dipercayai akibat perbuatan buli siber di platform TikTok.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, kakak mendiang dikenali sebagai Susila Appahu, 34, tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian adik bongsunya itu.

Katanya, adiknya seorang yang baik dan tidak pernah mengganggu mana-mana pihak, namun dia dibuli secara maya hanya kerana mendiang seorang wanita.

“Saya sudah hilang adik, saya anak sulung. Semua buli dia, banyak keluar dalam TikTok, carut, kotorkan nama dia, busukkan nama dia.

“Adik saya bagus pada semua orang, dia tidak ada buat salah dekat (pada) sesiapa. Dia seorang yang kuat. Dia buat baik.

“Semua buli dia sebab dia perempuan, dia tak boleh tahan. Dia sudah ‘hilang’ sekarang,” katanya.

Susila juga memohon agar orang ramai untuk membantu keluarganya bagi mendapatkan keadilan untuk adiknya itu.

“Tolong rakyat Malaysia bantu kami dapatkan keadilan untuk Esha,” rayu wanita itu.

Pada Jumaat lalu media melaporkan, mayat pempengaruh wanita berusia 30 tahun itu ditemui di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.

Mendiang disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Ampang, Ulu Kelang.

Mendiang Esha dipercayai mengalami tekanan akibat diganggu dengan komen jelik oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu, sejak sebulan lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Kerajaan akan meneliti insiden tersebut selain menggesa Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan terhadap pihak terlibat dalam kejadian yang meragut nyawa pempengaruh tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI