fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri terutamanya di utara Semenanjung sehingga 1 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di negeri Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).

“Selain itu, turut melibatkan kawasan Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, kebanyakan kawasan di Melaka serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia turut meramalkan cuaca hujan lebat berserta ribut petir di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya di Lembah Klang.

“Cuaca buruk pada sebelah petang juga dijangkakan di kebanyakan daerah di Johor, pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan, diikuti pedalaman dan utara Sarawak serta beberapa kawasan di Sabah dan Labuan,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI