fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di negeri Selangor melibatkan beberapa kawasan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor diikuti dengan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

“Di Kedah, cuaca sama turut diramalkan berlaku melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, diikuti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

“Seterusnya di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Tanah Tinggi Cameron dan Rompin di Pahang.

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat turut diramalkan berlaku di Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas, Sabah sehingga 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI