fbpx

Renungi perjuangan Nabi Muhammad tolak kezaliman, rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan belia pada Majlis Perasmian PLG Malaysia di Ipoh, malam tadi.

PETALING JAYA – Anak muda dan gerakan belia digesa merenungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun syaratnya ialah perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat.

“Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti Pertubuhan Lima Generasi (PLG) berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi,” katanya pada hantaran Facebook malam tadi.

Anwar memaklumkan, beliau hadir ke Ipoh pada semalam untuk bersama-sama ribuan belia dan anak muda dalam Majlis Perasmian PLG Malaysia.

Katanya, beliau menerima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak muda pelbagai bangsa yang hadir pada malam tadi bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI