fbpx

Raducanu gagal teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Wimbledon apabila tewas kepada Lulu Sun di pusingan keempat semalam. - AFP

LONDON – Prestasi cemerlang Emma Raducanu di pentas Wimbledon tidak bertahan lama apabila bekas juara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan keempat semalam.

Pemain tenis Great Britain itu terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari New Zealand, Lulu Sun apabila tewas 2-6, 7-5, 2-6.

Dalam aksi itu, Lulu Sun, 23, dilihat langsung tidak beraksi di Centre Court menentang Raducanu apabila memulakan perlawanan dengan hebat dan berjaya mendahului set pembukaan dengan keputusan meyakinkan 6-2.

Bagaimanapun, Raducanu angkit pada set kedua dengan memenanginya 7-5 selepas berjaya mematahkan servis pada saat-saat akhir sekali gus meningkatkan harapannya untuk memenangi perlawanan di set terakhir.

Sebaliknya berlaku apabila Lulu Sun kekal tenang dan berjaya mematahkan servis Raducanu dalam set ketiga sebelum mengukuhkan kedudukannya untuk memenangi pusingan keempat itu dengan keputusan mudah 6-2.

“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini. Saya seperti tidak percaya kerana saya dapat menampilkan satu perlawanan yang hebat dengan Raducanu,” kata Lulu Sun.

Di suku akhir nanti, Lulu Sun akan berdepan pemain berusia 28 tahun dari Croatia, Donna Vekic dalam usahanya untuk mencipta kemaraan jauh di pentas Wimbledon kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN