fbpx

Pengusaha ladang kelompok tanam satu juta pokok nanas MD2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEIKH UMAR (kanan) bermesra dengan peserta projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman, Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Sebanyak satu juta pokok nanas varieti MD2 berjaya ditanam di atas tanah seluas 20 hektar dibawah projek tanaman nanas berkelompok di Kampung Parit Jerman di sini, sejak Januari tahun ini.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, penghasilannya dijangka bermula pada februari tahun hadapan dengan dengan anggaran hasil sekitar 10 hingga 20 ribu biji sebulan.

“Projek tanaman nanas berkelompok Kampung Parit Jerman, merupakan inisiatif bagi mengembangkan industri penanaman nanas secara berkelompok dengan melibatkan peserta berusia bawah 40 tahun.

“Menerusi konsep ” berkongsi keuntungan” , projek ini berjaya menarik minat golongan muda menceburi bidang penanaman nanas yang mampu meraih pendapatan jualan sekitar RM150,000 ribu,” katanya.

Tambah Sheikh Umar, bagi menyokong projek tanaman nanas berkelompok, pusat pengumpulan hasil ladang dan benih nanas telah dibangunkan dengan kos sebanyak RM60,000 ribu.

Katanya, pusat ini akan berperanan sebagai tempat pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pengagihan hasil nanas bukan sahaja untuk Kampung Parit Jerman tetapi di daerah Pontian.

“Ia diharap dapat memastikan pengurusan hasil nanas lebih sistematik dan efektif dengan adanya pusat pengumpulan ini juga, industri nanas negara akan berkembang dan memberi manfaat bagi sektor ekonomi negara.

“LPNM juga menyambut baik usaha bagi menambah keluasan penanaman nanas di negara ini termasuk yang dibangunkan secara berkelompok bagi menarik golongan muda,” ujarnya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI