fbpx

Pengantin resah majlis kahwin dipenuhi lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lalat mengerumuni meja bufet makanan. – TikTok

JAKARTA – Seorang jurugambar berkongsi  kisahnya menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang  dipenuhi lalat sehingga meresahkan pengantin dan seluruh keluarganya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Majlis berlangsung pada 30 Jun lalu di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok, jurugambar bernama Yudi itu menunjukkan keadaan majlis yang dipenuhi lalat, terutamanya di bahagian meja bufet makanan.

“Saya terkejut kerana pertama kali (berhadapan situasi tersebut) dan berasa kasihan kepada keluarga pengantin.

“Mereka bimbang tetamu tidak berselera untuk makan atau hadir ke majlis itu,” kata Yudi ketika dihubungi Wolipop.

Tambah Yudi, pihak tuan rumah sudah mencuba pelbagai cara untuk mengusir lalat-lalat itu, namun tidak berjaya.

“Mereka sudah mencuba kaedah memasang lilin, namun lalat tetap berkerumun sehingga lilin habis. Bagaimanapun, majlis perkahwinan tetap diteruskan,” ujarnya.

Kata Yudi lagi, dia tidak pasti punca keadaan itu, namun tidak menolak kemungkinan lokasi majlis terletak berdekatan dengan kandang ayam atau kambing.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Mungkin lokasinya berdekatan kandang ayam,” kata seorang netizen.

“Itu mungkin ‘kiriman’ seseorang yang tidak mahu tetamu menghadiri majlis,” ujar pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI