fbpx

MotoGP: Bagnaia tawan Litar Sachsenring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA kembali memimpin carta perlumbaan susulan kejayaan menjuarai GP Jerman malam tadi. - AFP

SACHSENRING, Jerman – Juara bertahan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo Team kembali menyinar apabila berjaya menakluk Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring malam tadi.

Ia sekali gus membolehkan Bagnaia kembali merampas tangga teratas kedudukan pelumba keseluruhan dengan kelebihan 10 mata ke atas pencabar terdekat, Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing yang kini jatuh di tangga kedua.

Kejayaan itu berpunca daripada nasib malang menimpa Martin yang mendahului sepanjang perlumbaan sebelum terjatuh ketika saingan berbaki satu pusingan lagi dan kesempatan terbaik dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bagnaia.

“Ini tidak mudah, saya cuba segalanya pada permulaan tetapi Jorge (Martin) dan Franco sangat pantas. Pada dua, tiga pusingan terakhir saya lihat Jorge melakukan beberapa kesilapan.

“Ketika dia kemalangan saya hanya memperlahankan rentak. Saya sangat gembira. Ini kali pertama saya menang di Sachsenring.

“Ini juga membolehkan saya meraih empat kemenangan berturut-turut pada musim ini,” kata Bagnaia.

Tempat kedua GP Jerman malam kelmarin dimenangi Marc Marquez dari pasukan Gresini Racing, manakala seorang lagi pelumba pasukan itu, Alex Marquez memastikan kejayaan tempat ketiga perlumbaan tersebut.

Marquez bukan sahaja menamatkan minggu mencabar disebabkan masalah kecederaan, teknikal dan kelayakan kurang memuaskan tetapi turut berjaya menaiki podium bersama Alex yang merupakan adiknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI