fbpx

‘Lori hentam kedai, tapi nyawa saya masih panjang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muruges menunjukkan kesan hentaman pada deretan kedai oleh sebuah lori hingga mengakibatkan seorang maut di Jerantut kelmarin.

JERANTUT – Seorang tukang gunting menceritakan dia merasai gegaran dan mendengar bunyi hentaman kuat ketika sebuah lori merempuh deretan kedai yang mengakibatkan pemandunya maut dalam kejadian di Jalan Bandar Lama di sini kelmarin.

P. Muruges, 32, berkata, ketika kejadian pada pukul 3 petang itu dia sedang menggunting rambut salah seorang pelanggannya sebelum dikejutkan dengan hentaman tersebut.

Katanya, dia bernasib baik apabila lori itu tidak merempuh kedainya yang ketika itu mempunyai beberapa pelanggan.

“Nasib baik saya tidak kena (rempuh), umur masih panjang. Kami terkejut apabila mende­ngar bunyi sangat kuat disertai gegaran sehingga ada barangan yang terjatuh.

“Ketika meninjau melalui cermin, saya lihat banyak debu berterbangan disusuli jeritan orang ramai yang berada di kaki lima kedai,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Muruges, dia kemudian keluar dan mendapati sebuah lori merempuh hadapan sebuah kedai kosong, manakala sebuah lagi kereta yang kemungkinan diseret berada berhampirannya.

Tambahnya, tidak lama kemudian bomba tiba untuk melakukan operasi menyelamat mangsa yang tersepit di dalam lori.

“Kalau dia rempuh kedai saya, lagi ramai yang akan menjadi ­mangsa,” katanya.

Muruges berkata, meskipun terkejut dia amat bersyukur apabila lori berkenaan tidak me­rempuh kedainya yang terletak bersebelahan kedai kosong tersebut.

Sementara itu, saksi, Azman Zainuddin, 50, berkata, lori itu hilang kawalan ketika menuruni bukit dari persimpangan lampu isyarat Datuk Bahaman.

“Lori itu kemudian melanggar sebuah van dan pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain lalu terperosok di hadapan kedai berkenaan,” kata lelaki itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, pemandu lori tersepit dan me­ninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu van meng­alami kecederaan ringan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Jerantut di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI