fbpx

Lima lelaki dicekup, ‘port’ sabung ayam diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Stubah -Tanjung Manis, Bintangor yang digunakan untuk menjalankan kegiatan sabung ayam.

BINTANGOR – Lima lelaki dicekup selepas cuba melarikan diri apabila ‘port’ mereka menyabung ayam di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Stubah -Tanjung Manis di sini diserbu polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata serbuan dilakukan pada petang kelmarin, selepas melakukan risikan dan intipan ke atas kegiatan terbabit.

“Menyedari kehadiran polis, kesemua suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, pasukan serbuan turut merampas tiga ekor ayam yang masih hidup dan tiga ekor ayam yang sudah mati, termasuk beberapa barangan yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.

Sekam berkata, kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Meradong untuk tindakan selanjutnya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Penganiayaan Terhadap Binatang (LLPTB) 1962. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI