fbpx

Kompleks Pendidikan Al-Ummah bakal terima peruntukan RM1 juta bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memberi ucapan pada Majlis Hi-Tea bersama Perdana Menteri di Kompleks Pendidikan Al-Ummah di Chepor, Ipoh hari ini. - FOTO LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah di sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta setiausaha kerajaan negeri untuk mengingatkan unit penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri mengenai peruntukan tersebut.

Beliau berjanji peruntukan tersebut akan diterima dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Terdahulu, pembinaan fasa satu kompleks tersebut dibangunkan dengan kos sekitar RM6 juta bermula pada tahun 2016 bertujuan untuk membina generasi insan madani yang diperlukan oleh negara malah berjiwa ummatik yang cerdas ditengah-tengah masyarakat.

Sementara itu, Anwar memuji usaha pihak pengurusan yang telah mengumpul RM6 juta untuk projek tersebut termasuk melalui sumbangan derma orang ramai.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) yang memberikan tanah wakaf sekitar lima ekar termasuk usaha rakan-rakan, masyarakat sekeliling yang sangat luar biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI