fbpx

Kewangan HRD Corp. stabil, bantu perkasa latihan modal insan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kedudukan kewangan stabil yang dicatatkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp.) dilihat memainkan peranan penting khususnya dalam memperkasakan semua program latihan modal insan diperlukan syarikat yang menjalankan operasi perniagaan di negara ini.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya memuji pasukan pengurusan HRD Corp. yang berjaya merekodkan kewangan stabil diperakui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

“Beberapa hari lalu, LKAN 2/2024 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat menyebut bahawa HRD Corp. mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM389.95 juta setakat 31 Disember 2022.

“Aspek kewangan HRD Corp. yang stabil akan membantu memperkasakan semua program latihan modal insan yang diperlukan oleh syarikat yang menjalankan operasi perniagaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, bagi pihak majikan, prestasi itu merupakan petunjuk baik dalam usaha menjalankan latihan bagi menambah baik kepakaran golongan pekerja.

“Bagi pihak majikan, kami akan sentiasa bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara terutama melalui aspek memperkasakan modal insan yang menjadi antara teras utama perniagaan,” katanya.

Semalam, laporan menyebut HRD Corp. mencatatkan keuntungan bersih pelaburan tidak nyata sebanyak RM69 juta, sehingga Disember 2023.

Jumlah itu melibatkan 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan HRD Corp. yang bernilai RM3.6 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI