fbpx

Kerajaan sekarang kuat untuk pastikan keadaan negara lebih baik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke Program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada tegas berkata, kerajaan kini kuat dengan komposisi parti berbilang kaum yang unik demi memastikan keadaan negara lebih baik pada masa depan.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, parti-parti yang membentuk kerajaan Pusat sekarang merangkumi Pakatan Harapan (PH), UMNO (Barisan Nasional), Sarawak dan Sabah.

“Kita ada tiga tahun lagi. Saya tidak peduli apa orang kata tetapi saya mahu jaga negeri (negara) semua rakyat supaya dua tiga tahun lagi kita angkat negara dalam keadaan lebih baik.

“Saya minta kawan-kawan bagi kerjasama. Ada cadangan kemukakan dengan baik supaya kita selesaikan dengan segera,” katanya pada Program Santai Bersama YAB Perdana Menteri Dengan Komuniti India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor di sini hari ini.

Katanya lagi, kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan masyarakat India kerana semua kaum diberikan hak yang sepatutnya tidak mengira pendidikan, pemilikan tanah dan perumahan.

“Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kita tambah peruntukkan kepada masyarakat India. Kita perkasakan program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk beri peluang untuk masyarakat India masuk.

“Petronas pun memberikan biasiswa kepada semua kaum termasuk India untuk menyambung pelajaran dan mendapat latihan dan pekerjaan di sana.

“Jika ada pemimpin marah-marah tidak peduli masyarakat India dan Anwar tidak ambil tahu, itu semua tidak betul,” katanya.

Tambah beliau, polemik mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan telah selesai dan tidak perlu sesetengah pihak mempertikaikannya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI