JAKARTA – Seorang warga emas berusia 75 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis yang hanya berumur 18 tahun di wilayah Riau, Indonesia, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Perbezaan usia kira-kira 60 tahun itu tidak menghalang pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga.
Mereka mendirikan rumah tangga di Desa Air Tawar, Kecamatan Kateman, Riau.
Menerusi klip video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @abouthetic, pasangan pengantin yang mengenakan pakaian berwarna hitam itu kelihatan ceria di atas pelamin.
Mereka juga santai bergambar dan bersalaman dengan tetamu undangan.
Difahamkan, pengantin lelaki itu dikenali sebagai Mbah Sejuang.
Meskipun pengantin perempuan itu masih di bawah umur, perkahwinan mereka mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan pihak berkuasa. – AGENSI