PETALING JAYA – Bukan biasa-biasa, dua kumpulan popular, Exists dan Ungu bakal muncul ‘berentap’ di pentas sama pada Konsert Hari Penerika Felda 2024 di Maeps, Serdang pada 14 Julai depan.
Menariknya, meskipun membariskan nama besar terutama Ungu yang ‘diterbangkan’ khas dari Indonesia, orang ramai boleh menonton konsert tersebut secara percuma.
Pada konsert yang akan berlangsung selama tiga jam itu, dua band berkenaan bakal menghiburkan orang ramai menerusi rangkaian lagu ‘jiwang’ mereka seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita, Cinta Dalam Hati dan Kekasih Gelapku.
Selain acara nyanyian, para pengunjung juga boleh merasai debaran bersama dengan menyaksikan perlawanan Akhir EUFA EURO 2024 beramai-ramai menerusi layar besar LED yang sama pada hari tersebut.
Sekadar info, Hari Peneroka Felda 2024 bakal berlangsing bermula 12 sehingg 14 Julai.
Acara tersebut bagi meraikan dan tanda penghormatan terhadap peneroka Felda yang banyak membantu sebagai penyumbang sektor ekonomi serta pembangunan negara sejak 70 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE