fbpx

Euro 2024: Masa depan bola sepak Switzerland cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKANJI gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Switzerland tewas kepada England pada penentuan sepakan tersebut. - AFP

DUSSELDORF – Ketua Jurulatih Switzerland, Murat Yakin mengaku para pemainnya berdepan detik mengecewakan terutama pemain pertahanan, Manuel Akanji selepas mereka terpaksa merelakan kemenangan 5-3 England pada penentuan sepakan penalti di suku akhir Euro 2024 awal pagi semalam.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit dan bintang Manchester City itu gagal menyempurnakan sepakan pertama Switzerland pada penentuan penalti tersebut.

“Tidak ada banyak kata-kata yang mampu melegakan perasaan ini, namun saya hanya mahu ucapkan terima kasih kepadanya atas prestasi dan sumbangannya ketika mengetuai pasukan di pentas tertinggi.

“Tiada kata-kata yang mampu membantunya keluar daripada ‘rasa kosong’ dan kesedihan. Semua orang perlu mengatasinya (kesedihan), namun kami tetap bangga dengan diri sendiri.

“Manu (Akanji) yang mahu mengambil sepakan pertama dan kamu perlu beri tanggungjawab itu kepada permain. Kamu tidak boleh marah kepada pemain sepertinya,” katanya.

Selepas Breel Embolo membuka jaringan buat Switzerland, Bukayo Saka kembali menyamakan kedudukan untuk membangkitkan semangat England, namun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sepanjang 30 minit masa tambahan dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan tersebut.

Bagaimanapun, Switzerland jelas mencuri perhatian pada penampilan kali ini selepas berjaya mengikat Jerman 1-1 di peringat Kumpulan A dan singkirkan juara bertahan, Itali pada pusingan 16 terbaik.

Pencapaian agak baik kali ini memberikan alasan kukuh buat Yakin untuk melihat potensi lebih baik buat Switzerland pada masa akan datang.

“Sudah pasti kekalahan ini agak menyakitkan kerana kami sudah pun berusaha untuk memanfaatkan peluang. Dengan prestasi pasukan seperti ini, agak sedih untuk meninggalkan kejohanan ini.

“Kami tersingkir bukan kerana kami gagal memberikan aksi terbaik, kami mempunyai peluang, namun nasib kami dalam penentuan penalti itu tidak begitu memihak. Kami telah menyukarkan semua pasukan besar yang berdepan kami.

“Dalam perlawanan seperti ini, pasti ada pemenang dan pasukan yang kalah. Malangnya kali ini kami bukanlah menjadi pasukan yang meraih kejayaan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI