fbpx

Euro 2024: Belanda bangkit ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELANDA berjaya menempah slot separuh akhir Euro 2024 selepas berjaya menundukkan Turkiye pada aksi awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Belanda mengesahkan tempat ke separuh akhir Euro 2024 untuk menentang Belanda selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye 2-1 pada aksi suku akhir di Olympiastadion awal pagi semalam.

Biarpun gagal memberikan aksi terbaik, skuad kendalian Ronaldo Koeman itu berjaya mempamerkan semangat melawan yang berkualiti dan enggan mengakui kalah sekali gus menghadiahkan kejayaan tersebut.

“Untuk seluruh warga Belanda, ia akan menjadi suatu yang sangat istimewa. Kami sangat berbangga walaupun perlawanan ini sangat sukar dan tidak ada aksi yang mudah apabila anda berada di pusingan akhir Euro.

“Mereka (Turkiye) telah memberikan segala-galanya pada perlawanan kali ini. Cuma, para pemain kami memiliki keinginan yang besar, ketika ketinggalan 0-1 kami menunjukkan bahawa kekalahan bukanlah pilihan buat pasukan ini dan kejayaan akhirnya menjadi milik kami,” katanya.

Beraksi di separuh akhir menentang England juga bakal menjadi satu lagi cabaran buat The Oranje, namun rekod menunjukkan mereka memiliki kelebihan apabila hanya tewas sekali dalam saingan kompetitif iaitu pada Euro 1996.

“Ia akan menjadi malam yang hebat pada aksi itu nanti melibatkan dua pasukan yang penuh sejarah. Jika kami layak ke final, saya memilih bertemu Sepanyol kerana sudah menentang Perancis di peringkat kumpulan.

“Bagaimanapun, keutamaan kami ketika ini adalah mempersiapkan pasukan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir dan memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Pada aksi tersebut, Turkiye berjaya membuka tirai jaringan menerusi Samet Akaydin pada minit ke-35 sebelum mereka bangkit meraih dua gol dalam tempoh enam minit bermula jaringan penyamaan Stefen De Vrij pada minit ke-70.

Belanda kemudian meraih gol kemenangan hasil jaringan sendiri Mert Muldur apabila Cody Gakpo melakukan tampanan hantaran lintang Denzel Dumfries sebelum bola terkena pemain pertahanan Turkiye itu dan menerjah gawang.

“Kami sudah semakin hampir dan perlu melakukan kerja-kerja untuk berdepan England. Kami bermula baik pada aksi kali ini sebelum tiba-tiba permainan menjadi hambar kerana kami gagal untuk memberikan sesuatu yang lebih baik.

“Pada babak kedua, kami kekal tenang dan percaya akan ada peluang yang mampu disempurnakan. Akhirnya kami berjaya melakukannya.

“Kami tidak pernah berhenti percaya dengan kemampuan diri dan pasukan. Dalam keadaan seperti itu kami perlu mengambil banyak risiko dan sekaran kami ke separuh akhir. Saya berbangga dengan pasukan ini,” jelas ketua pasukan, Virgil Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI