fbpx

Berantakan, J.Lo, Ben Affleck bercuti berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Jennifer Lopez dan Ben Affleck kini diambang perceraian.

RUMAH tangga pasangan pelakon sensasi Jennifer Lopez dan Ben Affleck dikatakan bagai retak menanti belah apabila kedua-dua mereka memilih untuk menghabiskan musim panas secara berasingan.

Aktor berusia 51 tahun itu dilihat berada di Los Angeles sementara Lopez atau J.Lo sibuk menghadiri acara sebuah pameran di New York.

Meskipun penyanyi lagu Lets’s Get Loud itu masih memakai cincin kahwin, namun keputusan bercuti secara berasingan itu seperti mengukuhkan dakwaan bahawa mereka akan berpisah.

Menurut sumber, mereka memilih untuk menyibukkan diri dengan kerjaya masing-masing.

“Hanya dengan kerja sahaja mampu membuatkan mereka fokus kepada kehidupan. Apa yang boleh dikatakan ialah keajaiban yang mungkin akan mengubah semuanya,” kata sumber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI