fbpx

11 maut ketika melombong emas di Sulawesi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat masih mencari 20 mangsa yang dilaporkan hilang dalam runtuhan lombong emas di wilayah Gorontalo, Sulawesi hari ini. – AGENSI 

JAKARTA – Satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat menimbus sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, kata beberapa pegawai hari ini, lapor akhbar The Indian Express.

Kejadian berlaku semalam semasa kira-kira 33 penduduk kampung melombong bijih emas di dalam sebuah lubang lombong emas itu. Lombong haram itu terletak di Bone Bolango, wilayah Gorontalo.

“Secara tiba-tiba, bertan tanah-tanah berlumpur runtuh dan menimbus mereka serta kawasan kaki bukit sekitarnya,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Gorontalo, Afifuddin Ilahude.

Menurutnya, pasukan penyelamat mengeluarkan dua mangsa yang cedera semalam dan menemui 11 mayat pada hari ini.

Pasukan penyelamat masih lagi mencari 20 mangsa lain yang dilaporkan hilang, kata Afifuddin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI