fbpx

‘Sabar ya sayang, ibu bakal menyusul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Allahyarham Muhammad Zaharif Afendi Muhd Zamrie (kanan).

PETALING JAYA – Ucapan selamat ulang tahun ke-18 daripada ibu Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut dalam kemalangan berdekatan sebuah sekolah di Ipoh tahun lalu mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian ibu Allahyarham di TikTok, tarikh 7 Julai sepatutnya disambut gembira buat mereka sekeluarga, namun diraikan dengan kalungan rindu berikutan anak bongsunya itu sudah tiada di sisi.

“Happy Birthday buat anakandaku yang ke-18. Tiada yang mampu ibu titipkan hanya secebis doa dan majlis tahlil ringkas buatmu sayang.

“Sabar ya sayang, ibu juga bakal menyusul nanti, cepat atau sangat cepat kita akan bertemu juga. Itu harapan dan doa ibu setiap hari.

“Walau sudah hampir tujuh bulan awak kembali kepada Pencipta, hati ibu tetap meruntun hiba setiap kali melihat gambar yang masih tertampal pada tiang elektrik dan papan tanda di tempat kejadian. Tidak luntur meski terkena hujan dan panas,” tulisnya.

Menurut wanita itu, walaupun tujuh bulan berlalu, kesakitan akibat kehilangan anak masih terpahat dalam hatinya.

“Bila terpandang gambar itu, terus ibu menangis sebab kesakitan yang awak alami,” katanya.

Pada 15 Disember 2023, Kosmo! melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru, Ipoh.

Susulan itu, pegawai polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI