fbpx

[VIDEO] PRK Sungai Bakap: Harap proses pilihan raya terhindar dari kekecohan – Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abidin bertemu ibunya, Che Refiah di pusat pengundian SK Sungai Duri, pagi ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail, 56 selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri di sini, pada pukul 8.20 pagi tadi.

Beliau yang tiba di pekarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, Sungai Bakap kira-kira jam 8.13 pagi memasuki saluran tiga pada 8.15 pagi turut berharap agar proses pengundian hari ini berjalan lancar dan terhindar daripada sebarang kekecohan.

“Pada PRN (Pilihan Raya Negeri Ke-15) lepas majoriti (undi) tertinggi (adalah) di sini (Sungai Duri). Malah, adik-beradik di sini (mengundi) tempat saya, ramai adik-beradik (di) UDM (Unit Daerah Mengundi) Sungai Duri..kita doa munajat pada tuhan dan serah pada tuhan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum memasuki bilik mengundi, Abidin terlebih dahulu mengambil kesempatan bertemu dengan ibunya, Che Refiah Zakaria, 79, yang juga merupakan antara pengundi terawal di situ.

“Mak ada gout..dia ada tunggu (di perkarangan sekolah) tu yang datang pakai wheelchair (kerusi roda) dengan kakak saya (Zalina Ismail),” katanya sambil menambah pengundi muda yang turun mengundi pada awal pagi ini dilihat sedikit perlahan.

Sementara itu, kelibat calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin belum kelihatan dan difahamkan dia adalah merupakan pengundi di DUN Sungai Acheh yang juga di bawah Parlimen Nibong Tebal.

Pemilih berdaftar bagi Pusat Mengundi SK Sungai Duri adalah seramai 5,745 orang.

Pada PRK ini, seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, bagi memilih wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) baharu kawasan itu, hari ini.

Kesemua sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran dijadualkan dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI