fbpx

Tidak ‘jual’ nama Najib, lompat parti – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh

KUALA SELANGOR – “Saya tidak menjual nama beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan bukannya lompat parti apatah lagi mahu menjadi calon kerusi Tanjong Karang”.

Itu tegas bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menempelak dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bahawa perkara itu punca beliau menyertai menegaskan kemasukan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, isu Titah Adendum Najib antara perkara yang mengecewakan beliau terhadap UMNO.

“Saya sudah lama kecewa dengan UMNO kerana parti itu masih tidak berubah dan dalam isu Adendum ini, Najib terpedaya dengan drama dan wayang daripada rakan-rakan di sekeliling beliau.

“Mustahil Menteri-Menteri UMNO tidak tahu sama ada Adendum itu wujud atau pun tidak,” katanya hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan Noh mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Bersatu berkuat kuasa serta merta selepas membuat permohonan secara atas talian tanpa diketahui sesiapa Selasa lalu.

Susulan itu, Mohd. Puad mendakwa, kemasukan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam Bersatu menjual nama Najib untuk lompat parti dan mahu menjadi calon bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Jelas Noh, beliau tidak melompat menyertai Bersatu kerana sebelum ini tidak menganggotai parti politik atas nasihat Najib ketika berjumpa bekas Perdana Menteri itu di mahkamah yang memintanya bersabar.- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI