fbpx

PRK Sungai Bakap: Sanggup tunggu depan pagar pusat undi pukul 7.15 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manimaran selesai mengundi di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, pagi tadi. - Foto oleh ITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Suasana sekitar pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah di sini berjalan lancar dan tenang, pagi ini.

S. Manimaran, 59 antara orang pertama yang bersemangat menunggu di pintu pagar sekolah terbabit dan melahirkan rasa teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.

“Saya berada di sini sejak kira-kira 7.15 minit pagi lagi dan saja beratur awal bagi mengelakkan kesesakan nanti.

“Saya tak ingat dah berapa kali mengundi, tapi yang pasti setiap kali pilihan raya saya dan ahli keluarga akan sama-sama tunaikan tanggungjawab untuk pilih wakil rakyat kawasan kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain itu, kelihatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Datuk Dr. Amar Pritpal Abdullah yang turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau turut meluangkan masa beramah-mesra dan bertanya khabar kepada pengamal media yang sedang bertugas.

Setakat pukul 9 pagi, sebanyak lapan peratus daripada 3,904 pengundi ini telah keluar mengundi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI