fbpx

PRK Sungai Bakap: Pesakit strok tempah ambulans NGO ke pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnah berkerusi roda ke SK Sungai Duri dengan menggunakan khidmat bantuan ambulans NGO.- Foto oleh NORUL AKMA MOHD ZAIN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Meskipun menghidap strok namun ia bukanlah penghalang untuk Rosnah Ramli, 50, menunaikan tanggungjawabn sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.

Rosnah yang berkerusi roda tiba di pekarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri dengan bantuan ambulans badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia sekitar pukul 11 pagi.

“Sudah tiga tahun saya hidap strok bahagian kiri. Kalau ikutkan memang tak boleh nak berjalan sangat sebab rasa mencucuk dari paras lutut.

“Jadi anaklah yang menghubungi yayasan sejak seminggu lalu untuk memudahkan pergerakkan saya ke pusat mengundi ini.

“Malah, ini merupakan pengalaman pertama saya pergi mengundi dengan menaiki ambulans,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mengikut data SPR, pemilih berdaftar di pusat mengundi SK Sungai Duri mempunyai seramai 5,745 orang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI