fbpx

PRK Sungai Bakap: Kemenangan PN bukti protes rakyat – Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abidin diumum menang PRK DUN Sungai Bakap malam ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kemenangan majoriti lebih besar Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap membuktikan protes rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Calon PN, Abidin Ismail berkata, kemenangan yang berpihak kepada beliau turut memberi maksud rakyat menolak gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

“(Kemenangan) itu antara protes pada tindakan kerajaan yang menekan rakyat. Sepanjang tempoh dua minggu (kempen) mendekati rakyat, banyak rintihan yang sudah didengari.

“Keutamaan akan diberikan untuk menyelesaikan isu-isu utama yang membelenggu masyarakat setempat terutamanya masalah air,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memenangi kerusi DUN Sungai Bakap di sini malam ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI