fbpx

PRK Sungai Bakap: 8.88 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi tadi – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 8.88 peratus pengundi di PRK DUN Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 9 pagi tadi. - Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sebanyak 8.88 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 9 pagi tadi.

Peraturan jumlah pengundi itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Bakap hari ini dijangka menurun tidak lebih daripada 70 peratus.

Pada PRK DUN Sungai Bakap, seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) baharu kawasan itu, hari ini.

Kesemua sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang ini.

Lokasi pusat pengundian adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Proses pengiraan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dekat Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, yang sebelum ini menjadi lokasi penamaan calon, 22 Jun lalu.

Pada pilihan raya ini, tiada pusat mengundi awal dibuka pada hari pengundian yang sebelum ini ditetapkan pada 2 Julai lalu disebabkan kesemua 57 anggota polis telah menggunakan undi pos.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin, 60, dari Pakatan Harapan (PH) dengan bekas pegawai khas kepada Allahyarham Nor Zamri Latiff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI