PETALING JAYA – Pasukan Terengganu FC (TFC) mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 7-0 sebentar tadi.
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad Sang Penyu memastikan kelebihan 4-0 yang diraih pada perlawanan pertama dapat diteruskan apabila meraih kemenangan bergaya 3-0.
Gol-gol pasukan TFC dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-10, Akhyar Rashid (m-43) dan tonggak import, Marin Pilj (m-88).
Kemenangan tersebut menyaksikan misi TFC untuk melangkah ke pentas final Piala FA buat kali pertama sejak edisi 2022 semakin hampir menjadi kenyataan. – KOSMO! ONLINE