fbpx

Objek ganjil memanjang lintasi Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU objek ganjil seperti warna hitam yang memanjang melintasi bulan di London. - Foto Reddit/r/UFO’s 

LONDON – Seorang lelaki mencetuskan perdebatan hangat di internet selepas menyiarkan rakaman video memaparkan objek misteri meluncur di langit kota raya London, lapor portal berita Daily Star semalam.

Dalam rakaman itu, objek itu kelihatan memanjang dan merentasi langit London. 

Klip berdurasi 40 saat itu dikongsi di platform Reddit. Ia menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO) tersebut bergerak sangat perlahan dari arah kiri menuju ke kanan sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan).

Rakaman itu memaparkan bulan berwarna oren terang dan berada pada kedudukan rendah di langit ketika kejadian.

Namun, terdapat seperti satu garisan ganjil di bahagian tengahnya. 

Individu yang menghasilkan klip video itu berkata: “Saya melihat objek ini bergerak melintasi bulan (bulan oren yang cantik). Saya boleh memberitahu anda bahawa ia tepat pada pukul 11.06 malam (waktu tempatan).” 

“Saya melihat sesuatu yang hampir serupa beberapa hari lalu di timur laut England tetapi dari sudut pandangan  lebih dekat,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI