NAMPAKNYA bahang tentang temu bual Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat masih belum reda.
Masakan tidak, media sosial sejak Rabu lalu dibanjiri dengan video amukan segelintir netizen yang berang dengan setiap jawapan diberikan pelakon itu.
Bukan sahaja netizen, pengarah Michael Ang turut tidak terlepas mengulas hal sama.
Ada yang menyifatkan Ruhainies bersikap narsistik dan sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran terhadap bekas sahabatnya, Bella Astillah.
Tidak kurang juga ada yang kurang senang wajah cerianya ketika tiba di mahkamah sedangkan terlibat dengan kes khalwat.
“Tak pandai menangis depan kamera konon, selama ini berlakon itu apa?
“Eh sakit pula hati dengar jawapan Ruhainies. Sudah jadi penyondol, janganlah tersengih-sengih.
“Dia punya senyum lebar macam baru menang larian maraton,” kecam netizen.