fbpx

Musang king 400 kilogram ‘licin’ dalam dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH durian seberat 400 kilogram dijual di sebuah sekolah di Singapura. - Foto Durian Heroes

SINGAPURA – Sejumlah buah durian seberat 400 kilogram habis dijual dalam tempoh hanya dua jam di sebuah sekolah di Singapura, lapor portal AsiaOne semalam.  

Penjual durian daripada syarikat Durian Heroes, Sabrina Lim berkata, dia menerima jemputan daripada pihak sekolah pada dua minggu lalu untuk menjual buah tersebut.

Tambahnya, pihaknya telah menyediakan 400 kilogram durian musang king daripada jenis biasa dan black gold untuk dijual.

Durian itu habis dalam masa dua jam dan dibeli oleh 30 kakitangan sekolah tersebut. 

Musang king kebiasaannya berharga SG$18 (RM62) sekilogram, manakala varieti black gold berharga S$22 (RM76) sekilogram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI