fbpx

Masoud Pezeshkian dahului keputusan awal pilihan raya Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pezeshkian (tengah) meninggalkan pusat mengundi selepas mengundi di Tehran semalam. - AFP

TEHRAN – Calon reformis Iran, Masoud Pezeshkian mendahului dalam pilihan raya Presiden  menentang calon ultrakonservatif, Saeed Jalili, demikian menurut keputusan awal yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Pegawai setakat ini telah mengira lebih 11 juta undi untuk Pezeshkian dan sekitar sembilan juta untuk Jalili,” kata jurucakap pihak berkuasa pilihan raya, Mohsen Eslami seperti dipetik agensi berita rasmi, IRNA.

Keputusan akhir akan diumumkan hari ini.

Iran mengadakan pusingan pertama pilihan raya Presiden mengejut minggu lalu yang mencatatkan rekod peratusan keluar mengundi yang rendah.

Hanya 40 peratus daripada 61 juta pengundi Iran yang layak, membuang undi pada pusingan pertama. Ia merupakan peratusan keluar mengundi paling rendah dalam mana-mana pilihan raya Presiden negara itu sejak Revolusi Islam 1979.

Pusingan pertama menyaksikan Pezeshkian, seorang calon reformis tunggal, mendahului undian menentang tiga tokoh konservatif.

Jalili berada di tempat kedua, manakala Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf di tempat ketiga.

Memandangkan tiada seorang pun calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, pusingan penentu diadakan antara Pezeshkian dan Jalili diadakan pada semalam.

Pilihan raya mengejut itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 2025, namun dibawa ke hadapan selepas kematian mengejut presiden ultrakonservatif, Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Mei lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI