fbpx

Lebih 50 ahli politik Perancis diserang dalam kempen undian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan mengelak daripada terkena gas pemedih mata semasa demonstrasi anti haluan kanan di Rennes pada 15 Jun lalu. - AFP

PARIS – Lebih 50 ahli politik dan calon yang bertanding dalam pilihan raya Perancis diserang sepanjang tempoh berkempen, lapor saluran berita CNN semalam. 

Angka itu diumumkan oleh Menteri dalam Negeri, Gerald Darmanin, ketika ketegangan semakin meningkat menjelang pengundian esok.

“Kempen ini singkat, tidak sampai tiga minggu. Namun, pihak berkuasa mencatatkan 51 calon termasuk timbalan menteri atau jurukempen, diserang secara fizikal. 

“Serangan itu merangkumi pelbagai keadaan daripada kurang teruk, kepada sangat kritikal. Beberapa calon dimasukkan ke hospital disebabkan kecederaan yang dialami,” kata Darmanin kepada BFMTV.

Lebih 30 orang telah ditahan untuk disoal siasat berhubung serangan-serangan terbabit. 

Pada masa sama, seramai 30,000 anggota polis turut dikerahkan bagi mengawal pilihan raya dan memastikan penentang daripada kumpulan-kumpulan sayap kiri dan kanan gagal mewujudkan kekacauan. 

Jurucakap kerajaan Perancis, Prisca Thevenot dan pasukannya diserang semasa memasang poster kempen pada malam Rabu lalu.

Ahli politik Parti National Rally (RN), Marie Dauchy yang bertanding di kawasan tenggara Savoie, turut memutuskan untuk menangguhkan kempennya selepas diserang secara fizikal ketika berkempen di sebuah pasar.

Darmanin memberi amaran bahawa ancaman keganasan di negara itu kekal kuat sambil menambah, beberapa tangkapan dilakukan di dua tempat berasingan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI