fbpx

Kerjasama PH-BN pada PRU16, DAP sambut baik kenyataan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke

 

SEREMBAN – DAP mengalukan-alukan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kesediaan BN untuk terus berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP bagaimanapun setakat ini masih belum membincangkan sebarang perkara berkaitan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

“Soal PRU16 lambat lagi, namun kita kini dapat membentuk kerajaan gabungan kerana adanya semangat dan kerjasama tinggi. Jangan ada duri dalam daging sebab apa yang dihasratkan Ahmad Zahid menunjukkan satu semangat setiakawan dan semangat merapatkan lagi perpaduan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Mangsa Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan di Balai Raya Kampung Blok C, di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini menyatakan BN akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16, namun BN dan PH akan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI