fbpx

Harimau jantan 120kg mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR harimau belang jantan ditemukan mati akibat dilanggar kereta di Kilometer 314.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah hari ini.

IPOH – Seekor harimau belang jantan mati dilanggar kenderaan di Kilometer 314.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.45 pagi itu, pemandu kereta jenis Nissan Juke dilaporkan tidak mengalami kecederaan walaupun kenderaan dipandunya remuk di bahagian hadapan.

Kaskas harimau yang berada di dalam longkang di tepi lebuh raya itu telah diambil kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak pada pukul 8.15 pagi.

Difahamkan, kaskas haiwan liar itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan insiden sedih tersebut dan memberitahu kejadian melibatkan harimau jantan dianggarkan berusia empat tahun.

“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 120 kilogram. Kematian harimau belang ini merupakan berita sedih untuk kita,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI